Monday, 11 April 2011

ready stock- felt fishing set


ready stock nih..ada 2 set lagi..bleh klik sini untuk beli :)
harga RM37.00 per set
pos laju: RM6.00 untuk semenanjung
RM9.00 untuk sabah/sarawak

Friday, 18 March 2011

felt crafts

aku mula terjebak atau dengan kata lain, jatuh cinta dengan felt ni, selapas tertengok rancangan "life's perfectionist" di channel 393 sbs one. nampak cantik dan tertarik pulak.. yang bestnya, aku bole terlupa nama fabrik. cari punya cari, "felt" rupanya. felt nih banyak jenis. setakat yang aku ada cuma 2 jenis; korea felt dengan polyester felt. 

so, inilah hasilnya selepas 3 bulan berkecimpung dengan felt...(bunyi macam lama je...)

animal clock
fridge magnets
fishing set
key chains
doll set

fridge magnets
playing cards (16pcs)
animal cube

Sunday, 13 March 2011

hobbies

entah bila aku suka bab2 menjahit nih. rasanya since secondary school, siap masuk 'kelab jahitan' lagik. takat2 jahit straight tu aku pandailah, tapi kalau nak buat yang remeh2 ni aku tak terer sangat, tak habis menuntut ilmu :) 
2nd pregnancy tetiba plak aku suka cross stitch. 
fruits - dah siap gantung kat wall living room
roses - tak sempat lagi nak g hantar framekan
ada 3, 4 keping lagik cross stitch yang dah siap, tapi sama jugak blom diframekan lagi. :)

curtains pun aku jahit jugak..tapi yg simple2 punya..takde scallop2, renda2 etc..semua aku jahit straight je..malas nak pikir banyak..asal ada jadiklah :) lagi pun rumah kat kuarters ni, banyak sangat tingkapnya..

curtains yang dijahit sendiri :) masa ni blom sempat nak buat day curtains.
tahun ni aku ada hobi baru. still berkait rapat dengan sewing. kali ni cintaku pada felt pulak. kenapalah dari dulu aku tak tau pasal felt nih? :) koleksi felt fabrics yang aku just polyester felt and Korea felt je. pasni bleh tambah acrylic felt pulak.
korea felt
polyester felt




Thursday, 3 March 2011

tiramisu

my first ever tiramisu. selalu dengar je orang buat dan aku rasa macam susah je nak membuatnya. tapi, rupanya senang sangat. cuma bahan2nya yang agak mahal. apa2 pun, rasa memang sedap!
tiramisu
bahan-bahan:
  • 250gm cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 100gm gula kastor
  • Kopi segera tanpa gula
  • Air masak suam
  • Biskut ladyfinger
  • Serbuk koko untuk dusting

cara-cara:
  1. pukul sebati cream cheese, whipping cream dan gula
  2. bancuh kopi segera dengan air masak suam
  3. celup sebentar biskut Ladyfinger (jgn lama2, nanti biskut lembik) dan susun dalam bekas
  4. lapiskan dengan adunan cream cheese tadi dan taburkan serbuk koko.
  5. buat 3 lapisan. adunan cream cheese paling atas. jangan lupa taburkan serbuk koko.
  6. sejukkan semalaman di dalam peti sejuk.
* gula ikut sesedap rasa. kalau nak manis boleh tambah jadi 150gm.
* kalau tak ada biskut Ladyfinger, kek pun boleh. even bahulu pun ada orang buat.
* aku guna air suam untuk bancuh kopi segera sebab kopi akan larut sekata. air sejuk nanti kopi berketul-ketul



Wednesday, 2 March 2011

kuih lopes @ lopez @ lopeh

kuih lopes adalah di antara kuih favourite aku. buat time puasa memang best lah. resepi ni aku dapat daripada buku masakan mak mentua aku. cetakan pertama majalah masakan ialah pada tahun 1983. lama kan? dah macam antik plak.

resepi kuih lopes:
  • 3 cawan beras pulut direndam 
  • 10 helai daun pandan dikisar dengan 3 cawan air
  • secubit garam
  • daun pisang untuk membalut
  • kelapa parut (yang putih) dan gaul sedikit garam

cara membuatnya:
  1. tanak beras pulut dengan air pandan. masak sehingga hampir kering. tutup periuk dan ketepikan.
  2. bentang daun pisang dan letakkan pulut yang dah masak. gulung kemas2 dan ikat kedua belah hujung daun pisang dengan tali rafia. buat sehingga habis.
  3. rebus lopes selama 30-40 minit. angkat dan toskan.
  4. potong lopes gunakan benang. gaul dengan kelapa parut dan hidangkan dengan air gula melaka.
tips: untuk kelapa parut tahan lebih lama (tak basi), gaul dengan garam dan kukus sekejap kelapa parut. 

banana cake

petang semalam, tetiba teringin nak makan kek pisang. pisang pun ada 3 biji je, balance daripada buat cekodok 2 hari lepas. so, mencariklah aku resepi kek pisang. nasib baik jumpa resepi yang guna bahan2 yang siap ada kat rumah. ni lah hasilnya..


resepi kek pisang kukus:-

  1. mula2, panaskan pengukus dulu.
  2. ayak 2 cawan tepung gandum dengan 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder dan secubit garam. ketepikan.
  3. pukul 4 biji telur sampai kembang. masukkan 1 cawan pisang dilenyek, 3/4 cawan gula, 3/4 cawan minyak masak dan gaul sebati. kalau nak letak esen pisang pun ok. tapi kalau tak ada pun tak apa.
  4. masukkan tepung ke dalam adunan pisang tadi. kacau biar sebati. kukus 40 hingga 50 minit.

moist chocolate cake

kek coklat paling simple bahan2nya, senang nak membuat dan sedap sangat dimakan. resepi kek coklat ni dah macam sebati dengan aku. tak payah nak selak buku resepi dah. :) aku suka kukus sebab boleh elak daripada kek hangus kalau dibakar. 



resepi kek coklat kukus:-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan marjerin cair
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  1. panaskan pengukus dulu
  2. ayak tepung dengan soda bikarbonat dan baking powder.
  3. panaskan serbuk koko, marjerin cair, gula dan susu cair dalam periuk. kacau sehingga gula hancur dan ketepikan biar sejuk.
  4. campurkan susu pekat ke dalam adunan koko tadi, kacau sebati.
  5. masukkan telur, dan last sekali tepung yang dah ayak tadi.
  6. kukus 45-60 minit atau kek tak melekat pada lidi penyucuk.




basic sweet buns

resepi buns ni boleh digunakan untuk buat plain sweet buns ataupun apa sahaja jenis buns. kali ni aku ubah jadikan chocolate sweet buns siap dengan intinya sekali.
bahan-bahan:
bahan A
  • 480gm tepung roti (high protein, tepung diamond lagi ok)
  • 120gm tepung gandum
  • 110gm gula kastor
  • 20gm susu tepung
  • 4 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh bread improver(optional, tp kalu buh roti lagik naik elok)
  • 2 sudu makan serbuk koko (if nak buat plain, yg ni boleh abaikan)
bahan B
  • 1 biji telur
  • 300ml air suam
bahan C
  • 60gm mentega (dlm resepi asal unsalted butter)
  • 10gm garam (kurangkan sket kalu dah guna salted butter)
cara-cara:
  1. sebatikan bahan A, uli dgn bahan B. then baru masukkan bahan C. uli sehingga tidak melekat. at least 10 to 15 mins. lagi elok uli atas counter top. letak doh dalam bekas dan tutup dgn cling wrap. biar naik dalam 50 sehingga 60 min. kalau cuaca elok, yis  and kualiti tepung ok, dalam 30 min dah ok dah.
  2. keluarkan doh, dan tumbuk2 bagi angin kluar..bahagikan doh 50-60gm. rehat 10 minit dan letak inti yang korang suka. 
  3. biarkan naik lagi 50 - 60 minit.  egg wash buns. bakar 190 darjah Celsius selama 15-20 minit. 
tips: kalu nak senang membakar..timbang doh, then divide lah berapa yang korang nak letak dlm loyang pembakar..dalam kes aku nih..each dough berat dalam 70gm..so, dapatlah la dalam 16 bijik.. hasilnya, rasa macam ban coklat yang jual kat kedai runcit tuh.. :)

i'm a blogger

salam.


dah lama sebenarnya aku nak buat blog. dari sehari ke sehari, tak menjadi pun. aku lebih selesa gunakan facebook. tapi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. :)


kat sini aku nak kongsi perkara-perkara yang aku suka buat. yang pertamanya, mestilah memasak. aku memang suka memasak. seingat aku, masakan pertama aku ialah telur goreng. aku start suka memasak sejak belajar di uni. aku mewarisi kemahiran memasak daripada mak aku. she's a superb cook! masak apa pun sedap. from time to time, aku akan update apa yang aku masak dan resepinya sekali. :) 


perkara kedua yang aku suka buat ialah aktiviti kraf. yang ni termasuklah menjahit langsir, cross stitch dan yang paling latest ialah felt crafts. memang aku dah jatuh cinta dengan felt nih. sebagai hobi, aku jugak menjual felt crafts nih. jadi, tengok-tengoklah apa yang berkenan di hati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...